Wednesday 8 October 2014

KENALI SIAPA DIRI SAYA .....

mari santai-santai.. kenali diri ini..Haha…last post asenye untuk bulan ini and tahun ini….yeahh Alhamdulillah dah nak masuk tahun 2015SEMOGA BERJUMPA DI TAHUN AKAN DATANG!!! In Sya Allah.
Semoga disusuli dengan azam baru yer rakan2,azam supaya lebih dekatkan diri dengan Allah..IN SHA ALLAH
Ya mcm mana nak  katakan kenali diri yer..Sebenarnya menjadi khalifah adalah anugerah buat Allah swt. Tapi setiap manusia ada ujian dia masing2.betol tak..
Ujian paras rupa,ya semestinya,,ujian kelembutan ,,mungkin jugak,ujian kepandaian,,hmm mungkin,ujian kesenangan??mm betol3..ujian apa lagi ekkk,,,byk ujiannya para sahabat,,,kalau nak ditulis,tidak termampu saya coretkan..
Tapi disini ujian yang paling besar bagi saya mungkin ujian kesenangan, kewangan dan kebahagiaan.
1)kesenangan: ya mungkin ini terlalu subjektif ,tapi kesenangan kat sini bukanlah bermaksud kewangan semata-mata yer..kesenangan dari segala aspek,kita mudah dapat sesuatu yang kita impikan,kita senang dengan apa yang kita ada,yaa..mungkin kita jugak tidak sedar,tapi apa yang saya tulis ini sendiri mengambarkan diri saya. Mungkin benar kata rakan saya,ujian kesenangan ialah ujian yang paling besar.Hmm,jadi marilah sama2 kita muhasabah diri kita yer, setiap kali rasa senangnya diri,cukup segalanya,mudah mendapatkan sesuatu,marilah kita berfikir sejenak akan nasib saudara2 kita yang tidak seperti kita sangkakan. ‘xkenal maka xcinta’, tetapi, bila saya sudah ketemu bersama SHAKLEE, baru lah saya nampak apa itu kesusahan & kesenangan.. saya banyak belajar dari shaklee ini mengenai ini..dari saya tak pandai urus hal-hal aktiviti harian..segala sudah boleh atur saya punya jadual..walaupun masa itu badan amat-amat letih..tapi saya gagah kan juga demi Allah.. bukan demi duit semata-mata. kalau demi duit semata-mata saya tidak akan pandai menguruskan diri ini.. Alhamdulillah Allah bagi jalan kemudahan untuk saya. syukur sangat..

2) KEWANGAN: dengar kewangan boleh menjadikan mata mau keluar terjojol.. hihi, ye, kewangan.. hari-hari kita semua perlukan..mana-mana mesti punya wang.. rasanya masalah ini ramai yang hadapi.. cuma banyak dan sikit jela kan. macam saya Alhamdulillah syukur, sikit banyak itu semua rezeki dari Allah, wajib bersyukur.. ada yang lagi susah sebenarnya dari kita yang ada ini.. sampai ada sanggup bergadai habis-habisan, kesian juga..tapi itulah dugaan kehidupan dari Allah.. bila dalam keadaan susah jangan sesekali mengeluh..ingat Allah sedang menguji diri kita sama ada bersyukur atau tidak. sentiasa mengucap Alhamdulillah setiap kali kita terima gaji hasil titik peluh kita.. jangan kata 'alahai sikitnya" jangan macam itu kawan-kawan.. kita perlu bersyukur walaupun sedikit. ini juga dugaan kita bersama.. mungkin hari ini kita susah..hari esok kita akan senang.. ingat jangan lupa bersedekah..kerana sedekah itulah akan membiakan kewangan kita suatu hari nanti.. rajin-rajin kita berkongsi hasil pendapatan kita dengan orang lain..tidak kira di mana-mana sahaja..jangan tunggu hari raya sahaja..penringatan untuk diri saya sendiri juga...hihi

3) KEBAHAGIAAN: dalam soal kebahagiaan pula, bagi saya ianya satu ujian dari Allah yang kompleks, ketabahan seseorang itu perlu dalam dirinya supaya dapat memberi impak yang positif dengan pasangan (yang sudah berkahwin) @ keluarga, rakan-rakan, mertua. dugaan seperti ini kita wajar pandang kehadapan untuk mengelakan diri kita daripada terpesong dalam pembentukan keluarga itu sendiri, dengar pun seram je. ye betul tu, kalau di ikutkan nafsu kita semata-mata ianya boleh lenyap dengan sendiri kebahagiaan itu.. jadinya kesabaran, ketabahan, fikiran positif, keimanan, wajib ada dalam diri kita sebelum perkara negatif itu berlaku.. macam diri saya pula, ianya satu pengorbanan bagi ku untuk membahagiakan keluarga yang saya bentuk ini, bila berlaku kesilapan pada saya @ pada orang lain, jenis saya mudah memaafkan, kalau saya tidak jadi seperti itu saya akan rasa serba tak kena dalam diri.. macam ada hantu ikut saya..mak aii seramnya, betul itu lah saya.. bila kita jadi pemaaf, hati kita mudah tenang, mudah fikir positif, dalam segala hal akan jadi mudah lah senang cerita. jadinya.. fikirlah positif akan kesalahan itu.. SHAKLEE membuatkan diri saya sentiasa dalam keadaan positif.. Alhamdulillah..

LAKUKAN SEMUANYA KERANA ALLAH SWT…..kerna ukhuwah,kerna silaturahim….Kita bersahabt kerna Allah.
 Allah jua yg menemukan kita. Dan Allah jua berhak memisahkan kita.

p/s :#semua celotehan ini jugak untuk diri saya sendiri, apa yg buruk dtg dri saya,dan yg baik adalah dari Allah swt.::)

No comments:

Post a Comment